• Isu semasa

  • Kenyataan Media

  • Minda YDP

  • Badan Gabungan Negeri

  • Belia Malaysia

  • Kolumunis

  • Tazkirah

Risalah namakan penderhaka diedar


KOTA BHARU: Majlis Belia Kelantan semalam, membuat laporan polis berhubung sebaran risalah menggambarkan lapan penjawat kerajaan dan orang awam di sini, yang digambarkan sebagai Penderhaka Sultan.

Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Kerjanya, Zulkifli Mat Hassan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bhanu, kira-kira jam 10 pagi. Dalam laporannya, Zulkifli mendakwa, menerima risalah bertajuk 'Penderhaka Sultan? (Lapan Jahanam)' dalam peti surat rumahnya di Kampung Tok Sadang dekat Badang, kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

ZULKIFLI menunjukkan salman risalah yang mencemarkan nama penjawat awam yang diletakkandalam peti surat rumahnya di IPD Kota Bharu, semalam.

Risalah itu menyiarkan lima kenamaan negeri ini terdiri Ketua Polls Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias ; Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Hahim Hamad dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN), Datuk Ismail Mohd Noor serta peguam, Datuk Shukri Mohamed.

Tiga lagi individu yang terdiri daripada ahli perniagaan sekadar disenaraikan nama mereka tanpa gambar. Zulkifli berkata, beliau mendapati kandungan risalah itu berniat jahat serta mempunyai unsur fitnah yang boleh mengakibatkan kekeliruan di kalangan rakyat, sekali gus menjejaskan kewibawaan mereka.

Katanya, penyebaran risalah itu bertujuan mengheret penjawat awam ke dalam kancah pergolakan Istana Kelantan dengan niat melagakan mereka dengan kerabat diraja yang mana ia tidak seharusnya berlaku.


"Mereka semua menjalankan tugas seperti yang diamanahkan. tuduhan dilemparkan terhadap mereka terlalu berat seperti salah guna kuasa, rasuah dan derhaka kepada Sultan. Ia boleh dianggap sebagai menghina penjawat awam," katanya yang berharap polis dapat menjalankan siasatan bagi memastikan pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya.

Sumber : Sinar Harian : 6 Mei 2010


Filed Under: ,

About the Author

My name is Dinh Quang Huy or known as alias NhamNgaHanh .I made this template in magazine style and named it Simplex Darkness .I hope it helpful to persons who want a solutions for a template in Blogspot.To download this template and see template install instruction ,go to Simplex Design blog.

Leave a Reply